Tuesday, 3 January 2012

All Is Well

Assalamualaikum w.b.t..
        
        Hee. Ingat tak cerita 3 idiots? All is well~ Hihi. Cerita tu sumpah kelakar. Tak percaye tengok sendiri. Btw, actually bukan nak cerita pasal 3 idiots tapi nak cerita pasal lain. Huhu. Pagi tadi kan macam malas je nak bangun nak pergi kelas pukul 9, rupanya ada hikmah. Dapat tahu kelas batal tapi sebenarnya dah siap dah pun. -___- Apa lagii, sambung tido lah kan. Woot woot~ Hihi. Bukan apa, mengantuk laa. *kuat tido* Ade ade? Ade ku kesah. Hee. Haa, lepas tu next class pukul 10 am. Pergi la dalam keadaan mata bengkak sbb bangun tido kan. Lepas tu semua tegur apasal mata Qila sembab. Hihi. Then habis class, terus pergi makan dengan kawan kawan kat dalam bilik Qila. Sembang pung pang pung pang, gossip segala makanya bila bersiap pulak nak g kelas, dapat tahu kelas batal lagi. So, daripada 3 kelas hari nie jadi 1 kelas je. Alangkah gumbira rasanya hati ini. Hehe. Be jealous okay!
          Lepas tu, jeng jeng jeng. Kawan Qila tak puas hati sebab ada junior Qila kutuk dia. Junior sorang nie memang lifeless. Orang tak kacau dia, tapi dia meroyan kacau kita. Haaa, apa lagi kawan Qila stalk dia habis habis. Bukan Qila k? Tak ada masa nak stalk dia k? Tak hadap pun k? Kkkkk? Huh! Menjaja kisah Qila tak pakai tudung? Masalah dia nie, dia nampak yang Qila nie BAIK sangat sampai tak pernah tengok Qila keluar rumah tak pakai tudung, pakai legging, pakai spaghetti dengan cardigan? Dia bajet macam dia always pasang CCTV ROSAK 24 hours kat rumah Qila. Tu sebab dia tak nampak -___- Then nak cakap orang macam macam. Dia pun baru je nak bershawl bagai.  Alhamdulillah, sekarang Qila dah berubah.
            Erm, sebab tu lah orang cakap, bila kita nak tegur seseorang tu biarlah dengan cara yang betul. Paling penting jangan jadi macam "ketam ajar anak berjalan"! Okay tak kisah lah kalau dah berubah ke arah tu Alhamdulillah lah kan. Tapi kalau perangai pun tetap sama apa guna? Pakaian yang sopan melambangkan peribadi yang baik. Tup tup tertengok pulak gambar pakai tudung peluk Mr. Boyfie. Astaghfirullah.. Bagusnya. Tak tahu nak cakap apa -___- Budak Baru Nak Up (BBNU) Yang tak masuk akalnya dia kata Qila "culture shock" sebab masuk U. Ohmaii~ Segamat nie apalah yang ada sampai aku nak culture shock? Wuwuwuwu~ Kalau Qila balik rumah pun, tak adalah Qila nie batak sangat nak pergi Pavilion, The Curve, TS. Tak batak k tak batak. Time Qila pergi pun, tak adalah sampai nak heboh satu kawasan perumahan Qila tu nak kena siap buat announcement bagai. -__-
           Erm, dah la k. Semoga pakaian awak tu melambangkan peribadi yang baik. InsyaAllah segala amalan kita diredhai oleh Allah s.w.t.


All is well~

Have a nice day!

Wassalam..

1 comment:

  1. aku faham weh cerita kau . standed laa org tak pena dok KL or bndar cm kita ., so its better kita diam2 jelaa . :D

    ReplyDelete