Monday 2 January 2012

Happy New Year

Assalamualaikum w.b.t...

       Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga kita bertemu dengan tahun baru iaitu 2012. Pejam celik pejam celik Qila pun dah masuk ke alam dewasa, sekejap je kan. Zaman remaja yang ditinggalkan cukup bermakna. Qila tak pernah rasa menyesal dengan apa yang Qila dah lakukan pada setiap tahun-tahun yang lepas kerana itu adalah takdir Allah s.w.t. Terima dengan redha dan hati yang terbuka dan anggaplah yang buruk itu adalah dugaan daripada Allah untuk mematangkan diri kita dan membuka pintu hati kita untuk terus mencintaiNya. Manakala anggaplah yang baik itu pula sebagai ganjaran yang Allah berikan kepada kita. Syukur, kita semua dipanjangkan umur tetapi bagi mereka yang sudah tiada, kita sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. InsyaAllah, Amin Ya Rabbal A'lamin..
      Okay, bagi tahun-tahun baru nie lah mak-mak kita sibuk nak tukar semua baru kan. Langsir baru, cadar baru, almari baru. Hehehe. Bapak-bapak lah yang jadi mangsanya ye. Hihi. Jangan bapak cari lain sudah la ye.. Teeettt ! Tu la saje je mak-mak kite nie nak habiskan duit bapak kite tu. Takut dia kumpul duit nak kahwin lain. Hihi. Mintak simpang mintak simpang -__- Haa. Azam Qila untuk tahun baru nie ape ye? Macam takde azam je kan. Ngehngeh. Mesti lah ada.. Biarlah rahsia boleh ? Hehe. Yang penting ada dan insyaAllah dapat ditunaikan. Korang pun sama k. Mudah-mudahan kita menjadi seorang insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat, dan negara. Ececece.. Huhu.
     Haa btw, semalam bersamaan 01/01/2012 abang Qila yang second sudah pun bertunang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tak nak cerita banyak, gambar wajib letak sebab Qila suka bergambar. Hihi. Okbaii~

  Nie lah abang second saya :)


So, have a nice year !

Hihi. Byeee!

Wassalam..


2 comments:

  1. macam kau je yg bertunang? haha

    ReplyDelete
  2. Semua cakap macam tu. Haa, nampak tak.. Tak lama lagi aku dah nak bertunang lettew. Hihi.

    ReplyDelete