Thursday, 5 January 2012

Keluh Kesah

Assalamualaikum w.b.t..

         Haaaiisshh. Hari-hari mesti kena mengeluh pasal sorang minah ni. Rasanya nie last entri kowt dah tak larat mak nie nokk. Huh! Tak payah lah nak nafikan bagai yang kau tu tak bercerita pasal aku. Terus terang sudah. Ya, sekarang nie memang aku bercakap pasal kau. Eyh jap jap, dah delete blog kau tuh ke ? Ataupun kau tukar link ? Alahaii, dah kenapa pulak ? Sedihnyaaaa, tak boleh nak stalk kau dah lepas nie T-T Aku suka tengok muka kau yang 'cantik' tu. Alaaa, lepas nie dah tak boleh tengok dah. Erm. Erghh. Yucks! Nak termuntah aku. Tolonglah ! Sebenarnya malas nak cakap banyak tapi takpe lah memandangkan nie last entri pasal kau. Ya, aku janji. Nie last. Apa yang aku ingat kau nie copycat. Eyh tak copypig baru sesuai. Nak tahu kenapa ?

Dulu aku ada hapdate blog macam nie :

Mama said : Bla bla bla..
Now, Kau --> Atok said : Bla bla bla.

Aku buat rambut curl, Kau pun buat jugak -___-

Aku hapdate status kat Fb mesti tulis kbaii, Kau pun buat jugak.

        Banyak lagi actually, lantak kau lah. Kau tak nampak ke yang diri kau tu sememangnya loser. Dari kecil lagi. Ya, dari kecil lagi. Dulu kecil kecil, kalau tengah main sama-sama, bila kau kalah je sikit or gaduh mulut kau macam longkang and selalu cakap 'babi'. Aku dah tahu perangai kau macam mana. Then, terbawak sampai ke besar. Tak payah nak cakap aku jealous dengan kau. Ohmaii~ Apa je yang aku nak cemburu bagai ? Kalau tengok dari segi :

Cantik ? Orang boleh menilai.
Pandai ? Orang boleh menilai.
Bagus ? Orang boleh menilai.

        Aku bukan nak riak, walau macam mana kita berubah pun kalau niat tu tak betul tak guna jugak. Kalau diri sendiri tu pun still lagi dengan sikap yang lama. Better tak payah lah. Bagus lah kalau dah bertudung sepenuhnya dan ada sifat nak memaafkan orang lain, melupakan apa yang dah berlaku. Tapi tak guna lah sebab aku tahu kau macam mana. Haa, tolonglah jangan perasan cantik. Aku rasa macam nak bunuh diri. Okay tak, tipu je. Bunuh diri tu kan berdosa besar. Aku tak suka kalau orang perasan cantik sebab apa, Allah tu Maha Besar. Kalau Dia nak tarik kecantikan kau tu sekelip mata je sayang. Tolong lah berhenti untuk bercakap yang aku cemburu dengan kau. Seriously, sikit pun tak. Secara jujur dan ikhlas, sikit pun tak.
        Tak lupa jugak buat seorang lagi makhluk Allah. Ya Allah, kenapa lah kau macam nie. Depan minta maaf, tapi dibelakang masyaAllah. Mohon maaf tu biar ikhlas ye dik. Bukan dibelakang sibuk mengata orang. Macam manalah nak dimaafkan orang yang macam ni. Mengaku aku sebagai musuh. Macam ni kau kata kuat agama? Adakah kita yang dianggap sebagai saudara Islam dianggap musuh? Minta maaf hanya untuk apa? Apa yang ada dalam fikiran kau pun aku tak tahulah. Tak matang lagi, takpe akak faham. 

       So, aku harap korang bahagia dengan dunia korang. Aku harap sangat korang baca entri nie. Nak sangat korang baca nie. Please lah please baca. >__< Semoga kalian dirahmati oleh Allah s.w.t. Amin, insyaAllah.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment