Saturday, 21 January 2012

Melaka :)

Assalamualaikum w.b.t...
    
        Heee. Hari tu pergi Melaka 2 hari 1 malam. Best gila. Pergi tanpa dirancang akhirnya menjadi. Malam tu overnight dekat bilik kawan. Ramai2 tidur sesame. Best sangat. Esok pagi cadangnya nak pergi Segamat je. Last last semua bangun nak dekat tengah hari jugak la. Apa adehal bandar Segamat bukan jauh pun. Masing2 bincang nak pergi mana lepas tu tetiba cakap pasal Melaka. Mula mula memain je. Alih alih terus cari kereta sewa. Bayangkan dekat 5-6 penyewa kitorang call. Last last dapat jugak kereta kancil 2 biji. Kitorang pun bersiap amik kereta pukul 4pm. Tawu tak betapa excitednya nak berjalan. Kitorang pergi 8 perempuan, 2 lelaki. Lelaki tu jadi hero je takut pape jadi kat awek-awek semua. Tehee. Apa lagi dah sampai terus shopping! Almaklumlah boypreng tengah masyuk. Dia bank in RM200 dekat Qila. Menggedik lah Qila kan. Macam-macam beli. Hihi. 
          Malam tu kan.. Kitorang bukan sewa hotel pun. Slumber overnight kat tepi pantai. Sebelum tu kitorang cari toilet. Toilet awam pun tutup dekat bandar Puteri. Singgah lah Masjid dengan niat dapat la menumpang tandas. Masuk Masjid dah la gelap. Cari cari tak jumpa. Lepas tu sorang kawan Qila tetiba rasa takut terus ajak keluar. Kitorang tak perasan sebenarnya tempat yg kitorang masuk tu tempat Mandi Jenazah. Seram okayy ! Patut lah time nak keluar Qila dengar something macam benda tertutup. Qila dengan Izzati je yang dengar, yang lain tak dengar. Habis seram bulu roma memasing terus gerak pergi tempat yang ramai orang. Kitorang tido dalam kereta je. Teehee. Sebab pergi tak plan kan. 
           Macam macam tempat kitorang singgah. Tawulah bandar Melaka tu macam mana kan... Banyak tempat best best. Malam tu makan kueytiow goreng, sedap betul kueytiow tu. Tak, sebenarnya kitorang lapar. Lepas tu pantang jumpa Coolblog sebab suka sangat dengan Oreo Vanilla Milkshake + Susu + Pearl. Hihi. Before balik Segamat, kitorang singgah rumah Tinie. Mak dia masak nasi ayam. Sedaappp! Lepas tu baru lah balik Segamat. Memasing seronok gila dapat berjalan ramai ramai. Next sem plan nak pergi A'Famosa, Langkawi, Perak, Penang. Haaa. Kite tengok je lah nanti.. 

So, layan kejap gambar kitorang nie eyk..













Wassalam..

1 comment:

  1. hehehee... seronok kan?? bez sgt2~ x saba nak tggu sem dpn... awww~

    ReplyDelete